Blogger Widgets

Tuesday, November 13, 2012

Nota 1


Ciri-ciri mata wang RM50

                Pandangan hadapan RM50


                 Pandangan belakang RM50


1. Warna wang kertas RM50 ialah biru dan hijau.

2. Gambar yang terdapat pada wang kertas RM50 ialah bunga raya di muka hadapan dan  pokok kelapa sawit di muka belakang.

3. Potret Yang di-Pertuan Agong Pertama terdapat pada muka hadapan wang kertas RM50.

4. Gambar Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj terdapat di muka belakang wang kertas RM50.

5. Terdapat simbol "RM" di muka hadapan dan muka belakang wang kertas RM50.

6. Di bahagian hadapan wang kertas RM50 terdapat perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA".

7. Di bahagian belakang wang kertas RM50 terdapat logo Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu:
       
         

Nota 2

Ciri-ciri mata wang RM100

   
                Pandangan hadapan RM100


                Pandangan belakang RM100

1. Warna wang kertas RM100 ialah ungu.

2. Potret Yang di-Pertuan Agong Pertama terdapat pada muka hadapan wang kertas RM100.

3. Terdapat gambar barisan pemasangan kereta dan enjin kereta Proton di muka belakang wang kertas RM100.

4. Terdapat simbol "RM" pada muka hadapan dan muka belakang wang kertas RM100.

5. Di muka hadapan wang kertas RM100 terdapat perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA".

6. Di muka belakang wang kertas RM100 terdapat logo Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu: