Tarikh / Hari : 29-03-2012
Masa : 7:30 -8:30 pagi (60 minit)
Kelas : 2A
Bil. Murid : 30 orang
M/Pel : Matematik
Tajuk : Wang hingga RM100
Objektif
:
a) Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat mengenal
pasti mata wang kertas RM50 dan RM100.
b) Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat
memadankan nilai mata wang dengan gabungan beberapa keping
mata wang kertas.
Pengetahuan Sedia Ada: Murid telah mengenali mata wang
Malaysia RM1, RM5 dan RM10.
Konsep :
a) Mengenal pasti mata wang kertas RM50 dan
RM100.
b)
Menyatakan gabungan beberapa keping wang yang memberikan jumlah nilai yang
tertentu hingga RM100.
Bahan : sampel mata wang Malaysia, papan putih kecil, marker
pen, sampul surat
Nilai : bekerjasama, ketelitian, kekemasan
Kemahiran : penyoalan
Langkah/Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran
Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
|||
Set Induksi
(5 min) |
Nilai mata wang Malaysia RM50 dan RM100
|
1) Tunjukkan beberapa keping contoh wang
kertas yang bernilai RM1,RM5, RM10, RM50 dan RM100.
2) Minta seorang murid memilih wang kertas yang bernilai RM50 dan RM100 sahaja. 3) Murid lain menyatakan nilai mata wang yang dipilih itu. 4) Senaraikan ciri perbezaan antaran mata wang RM50 dan RM100. |
1) Murid memilih wang kertas yang
bernilai RM50 dan RM100.
2) Murid menyatakan nilai mata wang yang dipilih itu. 3) Murid menyenaraikan cirri perbezaan antara mata wang RM50 dan RM100. |
Strategi / Teknik:
Penyoalan seluruh kelas |
Perkembangan
Langkah 1 (10 min) |
Nilai mata wang Malaysia RM50 dan RM100
|
1) Guru memberikan setiap murid papan
putih dan marker pen.
2) Guru menunjukkan sampel mata wang bernilai RM50 dan RM100. 3) Guru meminta murid menuliskan nilai mata wang dan nilainya dalam perkataan di papan putih. 4) Guru meminta murid menunjukkan papan putih. 5) Guru memperbetul kesalahan murid. |
1) Murid menuliskan nilai mata wang dan
nilainya dalam perkataan di papan putih.
|
Strategi/ Teknik:
Aktiviti seluruh kelas Nilai murni: Ketelitian , kekemasan |
Langkah 2
(15 min) |
Gabungan beberapa keping wang yang
memberikan jumlah nilai yang tertentu hingga RM100
|
1) Guru membahagikan murid kepada 5
kumpulan.
2) Setiap kumpulan diberi satu sampul surat yang mempunyai gabungan beberapa keping wang kertas. Contoh: Kumpulan 1: RM10 + RM10 + RM50= Kumpulan 2: RM5 + RM10 + RM50 = 3) Guru meminta murid menuliskan nilai mata wang tersebut di papan putih. 4) Selepas siap ditulis, setiap kumpulan menunjukkan papan putih. 5) Ketua kumpulan menukarkan sampul surat dengan kumpulan yang lain dan mengulangi langkah-langkah 3 dan 4 sehingga mendapat semua sampul surat itu. 6) Guru mengambil balik sampul surat dan membuat perbincangan dengan murid. |
1) Ketua kumpulan diminta mengambil
sampul surat yang berisi pelbagai nilai wang.
2) Murid berbincang dalam kumpulan dan menuliskan nilai mata wang di papan putih. 3) Ketua kumpulan diminta menunjukkan papan putih apabila diminta guru. 4) Ketua kumpulan menukarkan sampul surat dengan kumpulan yang lain. 5) Ketua kumpulan menyerah balik sampul surat kepada guru. |
Strategi/Teknik:
Perbincangan kumpulan Nilai murni: bekerjasama |
Langkah 3
(20 min) |
|
1) Guru memberi setiap kumpulan sampul
surat yang mempunyai nilai mata wang yang berlainan, sampel fotostat mata
wang dan manila kad.
Contoh: Kumpulan A: RM80 Kumpulan B: RM100 2) Guru memberi arahan kepada setiap kumpulan supaya menggunting mata wang yang setimpal dengan nilai wang itu dan menampalkannya ke atas manila kad. 3) Guru meminta ketua kumpulan membuat persembahan di hadapan kelas. Gabungan beberapa keping wang yang memberikan jumlah nilai yang tertentu hingga RM100 Lampiran 1: Mata wang yang setimpal dengan nilai wang yang diberi. Lampiran 2: Jadual untuk menampalkan nilai mata wang yang setimpal. |
1) Ketua kumpulan mengambil sampul surat yang mempunyai nilai
mata wang yang berlainan, sampel fotostat mata wang dan manila kad dari guru.
2) Ahli-ahli kumpulan menggunting mata wang yang setimpal dengan nilai wang itu dan menampalkannya ke atas manila kad. 3) Ketua kumpulan membuat persembahan di hadapan kelas. |
Strategi/Teknik:
Perbincangan kumpulan diikuti persembahan karya Nilai murni: bekerjasamaketelitian, kekemasan |
Penutup
(10 min) |
a) Nilai mata wang Malaysia RM50 dan
RM100
b) Gabungan beberapa keping wang yang memberikan jumlah nilai yang tertentu hingga RM100 Lampiran 3: Lembaran kerja |
1) Guru mengutarakan soalan:
Apakah mata wang Malaysia yang dapat kamu kenali pada hari ini? 2) Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid. 3) Guru membuat perbincangan dengan murid. |
1) Murid menjawab soalan guru.
2) Murid membuat lembaran kerja. |
Strategi/Teknik:
Penyoalan keseluruhan kelas |
No comments:
Post a Comment