Blogger Widgets

Saturday, October 27, 2012

Lembaran Aktiviti


LAMPIRAN 3

Lembaran Kerja 3

Nama:_____________________________________                   Kelas:_____________________

Tandakan (√) pada kotak yang betul.



Friday, October 26, 2012

Rancangan Pengajaran Harian Objektivisme


Tarikh / Hari : 29-03-2012                                 
Masa             : 7:30 -8:30 pagi (60 minit)
Kelas             : 2A                                            
Bil. Murid      : 30 orang
M/Pel            : Matematik
Tajuk            : Wang hingga RM100
Objektif :         
a) Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat mengenal pasti mata wang kertas RM50 dan RM100.
b) Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat  memadankan nilai mata  wang dengan  gabungan beberapa keping mata wang  kertas.  
  
Pengetahuan Sedia Ada: Murid telah mengenali mata wang Malaysia RM1, RM5 dan RM10.
Konsep :  
a)  Mengenal pasti mata wang kertas RM50 dan RM100.
b) Menyatakan gabungan beberapa keping wang yang memberikan jumlah nilai yang tertentu hingga RM100.
Bahan          : sampel mata wang Malaysia, papan putih kecil, marker pen, sampul surat
Nilai             : bekerjasama, ketelitian, kekemasan
Kemahiran   : penyoalan


Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
(5 min)
Nilai mata wang Malaysia RM50 dan RM100
1) Tunjukkan beberapa keping contoh wang kertas yang bernilai RM1,RM5, RM10, RM50 dan RM100.
2) Minta seorang murid memilih wang kertas yang bernilai RM50 dan RM100 sahaja.
3) Murid lain menyatakan nilai mata wang yang dipilih itu.
4) Senaraikan ciri perbezaan antaran mata wang RM50 dan RM100.
1) Murid memilih wang kertas yang bernilai RM50 dan RM100.
2) Murid menyatakan nilai mata wang yang dipilih itu.
3) Murid menyenaraikan cirri perbezaan antara mata wang RM50 dan RM100.
Strategi / Teknik:
Penyoalan seluruh kelas
Perkembangan
Langkah 1
(10 min)
Nilai mata wang Malaysia RM50 dan RM100
1) Guru memberikan setiap murid papan putih dan marker pen.
2) Guru menunjukkan sampel mata wang bernilai RM50 dan RM100.
3) Guru meminta murid menuliskan nilai mata wang dan nilainya dalam perkataan di papan putih.
4) Guru meminta murid menunjukkan papan putih.
5) Guru memperbetul kesalahan murid.
1) Murid menuliskan nilai mata wang dan nilainya dalam perkataan di papan putih.
Strategi/ Teknik:
Aktiviti seluruh kelas

Nilai murni:
Ketelitian , kekemasan
Langkah 2
(15 min)
Gabungan beberapa keping wang yang memberikan jumlah nilai yang tertentu hingga RM100
1) Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan.
2) Setiap kumpulan diberi satu sampul surat yang mempunyai gabungan beberapa keping wang kertas.
Contoh:
Kumpulan 1: RM10 + RM10 + RM50=
Kumpulan 2: RM5 + RM10 + RM50 =
3) Guru meminta murid menuliskan nilai mata wang tersebut di papan putih.
4) Selepas siap ditulis, setiap kumpulan menunjukkan papan putih.
5) Ketua kumpulan menukarkan sampul surat dengan kumpulan yang lain dan mengulangi langkah-langkah 3 dan 4 sehingga mendapat semua sampul surat itu.
6) Guru mengambil balik sampul surat dan membuat perbincangan dengan murid.
1) Ketua kumpulan diminta mengambil sampul surat yang berisi pelbagai nilai wang.
2) Murid berbincang dalam kumpulan dan menuliskan nilai mata wang di papan putih.
3) Ketua kumpulan diminta menunjukkan papan putih apabila diminta guru.
4) Ketua kumpulan menukarkan sampul surat dengan kumpulan yang lain.
5) Ketua kumpulan menyerah balik sampul surat kepada guru.
Strategi/Teknik:
Perbincangan kumpulan

Nilai murni: bekerjasama
Langkah 3
(20 min)

1) Guru memberi setiap kumpulan sampul surat yang mempunyai nilai mata wang yang berlainan, sampel fotostat mata wang dan manila kad.
Contoh:
Kumpulan A: RM80
Kumpulan B: RM100
2) Guru memberi arahan kepada setiap kumpulan supaya menggunting mata wang yang setimpal dengan nilai wang itu dan menampalkannya ke atas manila kad.
3) Guru meminta ketua kumpulan membuat persembahan di hadapan kelas.
Gabungan beberapa keping wang yang memberikan jumlah nilai yang tertentu hingga RM100
Lampiran 1:
Mata wang yang setimpal dengan nilai wang yang diberi.
Lampiran 2:
Jadual untuk menampalkan nilai mata wang yang setimpal.
1) Ketua kumpulan  mengambil sampul surat yang mempunyai nilai mata wang yang berlainan, sampel fotostat mata wang dan manila kad dari guru.
2) Ahli-ahli kumpulan menggunting mata wang yang setimpal dengan nilai wang itu dan menampalkannya ke atas manila kad.
3) Ketua kumpulan membuat persembahan di hadapan kelas.
Strategi/Teknik:
Perbincangan kumpulan diikuti persembahan karya

Nilai murni: bekerjasamaketelitian, kekemasan
Penutup
(10 min)
a) Nilai mata wang Malaysia RM50 dan RM100
b) Gabungan beberapa keping wang yang memberikan jumlah nilai yang tertentu hingga RM100
Lampiran 3:
Lembaran kerja
1) Guru mengutarakan soalan:
Apakah mata wang Malaysia yang dapat kamu kenali pada hari ini?
2) Guru mengedarkan   lembaran kerja kepada setiap murid.
3) Guru membuat perbincangan dengan murid.
1) Murid menjawab soalan guru.
2) Murid membuat lembaran kerja.
Strategi/Teknik:
Penyoalan keseluruhan kelas

Jadual Penentu Kandungan

Mata pelajaran           :           Matematik
Kelas                           :           Tahun 2
Topik                           :           Wang Hingga RM100


Unit
8.1 Mengenal dan menyebut nilai mata wang Malaysia
8.2 Menambah nilai wang
8.3 Menolak nilai wang
Konsep
a) Mengenal pasti mata wang kertas RM50 dan RM100.
b) Menyatakan gabungan beberapa keping wang yang memberikan jumlah nilai yang tertentu hingga RM100.
Menambah dua nilai wang.
Menolak dua nilai wang
Pengetahuan
Mengenal pasti mata wang.
Mendefinisi operasi tambah
Mendefinisi operasi tolak
Kefahaman
Memilih mata wang kertas
Menuliskan ayat matematik operasi tambah
Menuliskan ayat matematik operasi tolak
Aplikasi
Memadankan nilai mata wang dengan  gabungan beberapa keping mata wang kertas
Menyelesaikan ayat matematik
Menyelesaikan ayat matematik
Analisis
Memilih kumpulan mata wang yang sama nilai
Menulis ayat matematik dalam bentuk nilai mata wang
Menulis ayat matematik dalam bentuk nilai mata wang
Sintesis
Menuliskan bilangan keping mata wang yang boleh ditukar dalam bentuk yang lain.
Merancang wang yang perlu ditabung untuk membeli barang keperluan sendiri
Membuat perancangan sebelum berbelanja
Penilaian
Membuat portfolio
Memberi pendapat tentang kebaikan-kebaikan menabung
Memberi pendapat tentang barang-barang yang tidak patut dibeli.